CINTA JARAK JAUH

Elakkan 3 perkara ini dalam perhubungan: 

Hubungan jarak jauh selepas berkahwin memang memeritkan dan banyak cabaran. Walaupun ramai yang tidak merelakan ia terjadi tetapi disebabkan tuntutan kerja kita terpaksa berkorban juga. bagi menjaga keharmonian rumahtangga ketika ini, anda perlulah mengelakkan perkara berikut: 

1. CEMBURU BUTA 
Cemburu dalam perkahwinan adalah satu perkara yang biasa tetapi jika keterlaluan, ia hanya mengundang bahaya. Lebih-lebih lagi apabila anda dan pasangan tidak selalu bertentang mata. Oleh itu, cuba buang jauh-jauh perasaan cemburu seperti ini. Biasanya ia berpunca dari kurangnya rasa percaya terhadap pasangan mahupun diri sendiri. Oleh itu, perbaikilah kelemahan tersebut untuk kesejahteraan keluarga anda. 

 2. MENYIMPAN RAHSIA 
Perkahwinan seharusnya berlangsung secara telus. Dalam erti kata lain, tiada perkara yang perlu dirahsiakan, lebih-lebih lagi apabila anda dan pasangan berjauhan. Jangan sesekali menyembunyikan rahsia dari pasangan. Mungkin suatu masa nanti apabila diketahui sendiri, anda juga yang terpaksa menahan telinga kerana tercetusnya "perang dunia kedua". 

3. PERCAYA KHABAR ANGIN 
 Nama pun khabar angin jadi jangan cepat terima bulat-bulat. Timbang dengan baik sebelum membuat sebarang penilaian. Mungkin ia fitnah yang sengaja ditiup bagi menguji sejauh mana cinta dan kepercayaan anda terhadap pasangan. Jalan terbaik adalah melakukan sedikit penyiasatan. Mungkin anda boleh tanyakan kepada pasangan sekiranya berita tersebut benar-benar mengganggu kehidupan seharian anda.

Konvo...konvo

pada 3.11.12 ritu adik oda br jer konvo...bangga lak sbg kakak sbb adik turut berjaya....mudah2an kami akan berjaya menambah ilmu ke peringkat seterusnya...amin...sambil2 tu tumpang sekaki lah pki jubah adik....amik berkat lah katakan...hehehe...
ni gambar bersama suami dan adik tersayang...
testing2 jubah....
All Right Reserved by Sa'odah Wagimin